Thursday 28 September 2017



APA ITU KEMAHIRAN GENERIK ?

Kemahiran generik atau kemahiran insaniah (soft skills) merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran generik berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan. Kemahiran ini juga merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja kumpulan.

Untuk menjadi seorang guru yang berkualiti, guru perlulah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Guru yang berkualiti sangat penting dalam memastikan agenda kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Penegasan ini dapat dilihat dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006) yang menyatakan peranan pendidikan sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Universiti Teknologi Malaysia (2007) telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan kepada para pelajarnya termasuklah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat pengajian mereka. Antara kemahiran tersebut adalah;
- Kemahiran Berkomunikasi
- Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
- Etika dan Moral Profesional
- Kemahiran Kepimpinan









1) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI 
HASIL NUKILAN KHAIRUNNISA AFIFAH ZAMAHARI

A)    DEFINISI DAN KONSEP KOMUNIKASI :
- pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar)kepada pihak yang lain


B)    PROSES KOMUNIKASI :




Penghantar

  • Individu atau pihak yang memulakan sesuatu komunikasi
  • Orang yang mencetuskan mesej untuk dihantar
  • Contoh : seorang pengurus pemasaran menyampaikan maklumat tentang produk baharu kepada pasukan jurujual





Enkod

  • Proses menterjemah maklumat  dalam bentuk simbol seperti perkataan atau suara supaya mudah difahami oleh penerima
  • Contoh : pengurus pemasaran menterjemah maklumat tentang produk baharu dengan menggunakan perkataan seperti nama, saiz dan bentuk





Saluran

  •  Alat perantaraan yang digunakan untuk menghantar mesej daripada penghantar kepada penerima
  • Contoh : pengurus pemasaran menggunakan persembahan powerpoint untuk menerangkan produk baharu dalam perbentangan





Dekod

  • Penerima cuba menginterpretasikan perkataan, tulisan atau gambar untuk memahami maksud mesej
  • Contoh : pasukan jurujual cuba memahami mesej tentang produk baharu dengan menginterprestasikan gambar yang ditunjukkan oleh pengurus pemasaran

Penerima

  • Sasaran individu atau kumpulan yang akan menerima mesej
  • Contoh : pasukan jurujual yang mendengar taklimat tentang produk baharu



Maklumbalas

  • Tindak balas yang dihantar oleh penerima kepada penghantar setelah mentafsir sesuatu maklumat
  • Merujuk kepada tindakan yang dilaksanakan oleh penerima seperti setuju, tidak setuju atau sikap tidak peduli
  • Maklumbalas dilakukan dalam bentuk lisan dan bukan lisan



C)    KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
  • Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh yakin secara lisan dan bertulis
  • Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas
  • Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar
  • Kebolehan menggunakan teknologi dalam berkomunikasi
  • Terbahagi kepada tiga bahagian :
(a)  Pesanan verbal : Pesanan yang disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas daripada jargon dan tidak menimbulkan rintangan kepada pendengar

(b)  Pesanan paraverbal : Pesanan yang sampai melalui nada, intonasi dan suara bukan daripada perkataan yang kita sebut ATAU pesanan yang disampaikan boleh diterima dengan makna yang berbeza-beza jika disampaikan dalam nada dan intonasi yang berbeza-beza

(c)  Pesanan bukan verbal : Pesanan yang sampai melalui mimik muka yang betul serta gaya yang sesuai

      D)    KOMUNIKASI BERKESAN
 
  E) JENIS-JENIS KOMUNIKASI




  1. Komunikasi lisan 
  • Dalam komunikasi lisan mestilah mempunyai aspek berikut:



PERBENDAHARAAN KATA
  • Kemampuan mengolah kata dan pengguasaan perbendaharaan kata yang luas sangat penting dalam komunikasi
  • Pemilihan perkataan yang tidak mempunyai erti jelas atau yang samar-samar maksudnya boleh menimbulkan salah faham


KELAJUAN
  •      Pengaturan kelajuan berbicara yang baik (tidak terlalu cepat atau lambat) akan menyebabkan komunikasi lebih efektif


INTONASI
  •  Kemampuan memberikan intonasi yang tepat dan betul pada kata-kata yang dipilih akan mempengaruhi erti mesej
  • Maksud mesej akan berbeza apabila diucapkan dengan intonasi yang berbeza



HUMOR
  • Kemampuan menyampaikan sesuatu mesej dalam bentuk humor dapat mengurangkan beban penerima
  • Mesej tersebut akan menimbulkan suasana santai dan dapat diterima baik oleh penerima

SINGKAT DAN JELAS
  • Kemampuan menyampaikan isi mesej secara singkat dan jelas yang terus kepada pokok masalah akan menghasilkan komunikasi yang berkesan








     2. Komunikasi bukan verbal

  • Dalam komunikasi bukan verbal mestilah mempunyai aspek berikut:

EKSPRESI WAJAH
  • Ekspresi wajah dapat menyebabkan komunikasi menjadi berkesan atau sebaliknya 
  •  Wajah sendiri merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi  dan mencerminkan suasana hati dan emosi seseorang

PANDANGAN MATA
  • Merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi
  • Dengan mengadakan pandangan mata sewaktu berinteraksi bererti orang tersebut menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan

SENTUHAN
  • Beberapa mesej seperti perhatian, sokongan emosi, aksih sayang atau simpati dapat diwujudkan dengan sentuhan
GAYA TUBUH DAN GAYA BERJALAN
  • Posisi tubuh dan gaya berjalan memperlihatkan ekspresi dirinya, mencerminkan emosinya, konsep diri dan tahap kesihatannya

GERAK ISYARAT
  • Isyarat seperti menggerakkan tangan dan mengetuk-ngetuk kaki ketika berbicara, sebagai bahagian keseluruhan merupakan ekspresi keadaan seseorang



PROKSEMIK
  • Jenis komunikasi bukan verbal yang berkaitan dengan penggunaan ruang
  • Penentuan jarak bergantung pada tingkat keakraban antara komunitator 
  • Kemungkinan besar seseorang pembicara akan berdiri lebih rapat dengan seseorang yang dikenalinya lama dari seseorang yang baru dikenali.

ARTIFAK
  •  Merupakan bentuk komunikasi melalui penggunaan pakaian, wangi-wangian, alat solek dan lain-lain
  • Contoh : berpakaian selekeh menunjukkan seseorang itu pemalas.





     3. Komunikasi bertulis

  •  Dalam komunikasi bertulis mestilah mempunyai aspek berikut:

FAKTA
  •      Pandangan yang didapati dari teori-teori, pirnsip, falsafah dan ideology merupakan bahan yang dapat penulis ilmuah gunakan sebagai fakta

GAYA
  • Pengetahuan tatabahasa & keupayaan menggunakan perkataan yang tepat dan sesuai serta olahan bahasa yang menarik dapat menghasilkan penulisan yang berkesan

LARAS
  • Merupakan penggunaan bahasa mengikut bidang-bidang yang tertentu dan berdasarkan konteks dan situasi yang tertentu

PENGOLAHAN
  • Pengolahan yang baik melibatkan penggunaan bahasa secara berkesan, mengunakan format dan bentuk penulisan yang ringkas, padat, mengalir, bersinambungan dan bertaut

BAHASA
  • Bahasa yang digunakan ialah bahasa yang berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa. Ia haruslah mudah dibaca, difahami dan dinikmati.
 
F)    BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI






Komunikasi intrapersonal
  • Bermaksud apabila berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Semua ini berlaku dalam fikiran individu.
  • Tujuan
  1. Individu lebih memahami kelemahan serta kelebihan dirinya sendiri 
  2.  Memperkuat emosi dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri

Komunikasi interpersonal
  • Dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta menafsirkan maklumat.
  • Tujuan :
  1. membina hubungan sosial atau mengukuhkan pertalian silaturrahim 
  2. jalinan hubungan interpersonal yang terbina dapat membentuk satu sistem sokongan sosial yang baik terutamanya dalam situasi apabila individu menghadapi masalah

Komunikasi berkumpulan
  • melibatkan lebih daripada dua orang individu
  • komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebi lagi dalam satu kumpulan besar
  • ciri-cirinya ialah saiz kumpulan yang sesuai, tingkat interaksi, peranan ahli, kesepakatan dan faham matlamat yang perlu dicapai


Komunikasi organisasi
  • Dalam sebuah organisasi, terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Ia lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu
  • Arah aliran komunikasi:
  1. Komunikasi atas bawah: melibatkan pemakluman arahan, dasar, pengumuman serta tunjuk ajar daripada pihak atasan kepada peringkat bawahan
  2. Komunikasi bawah atas: melibatkan maklum balas, aduan,     perbincangan daripada pekerja bawahan kepada pihak atasan
  3. Komunikasi mendatar: lebih berbentuk pengecilan jurang antara    pekerja atasan dengan pekerja bawahan. Kaedah komunikasi ini sering digunakan dalam sesebuah organisasi seperti lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain serta mesyuarat jawatankuasa.

Komunikasi awam
  • Melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak.
  • Bentuk-bentuk pengucapan awam ialah pengucapan awam yang bersifat informatif dan pengucapan awam yang bersifat persuasif
  • Jenis-jenis pengucapan awam:
  1. ucapan spontan: disampaikan tanpa sebarang persediaan
  2. ucapan ekstemporan: kelihatan ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia lebih awal dengan kandungan ucapan
  3. ucapan manuskrip: disampaikan dengan manuskrip ucapan yang tersedia
  4. ucapan hafalan: ucapan ringkas dan bertujuan untuk melayan khalayak

Komunikasi silang budaya
  • Merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
  • Halangan budaya bagi komunikasi silang budaya:
  1. Bahasa atau mesej lisan: perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi
  2. Bahasa atau mesej bukan lisan: terdapat budaya bangsa yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya lain.
  3. Kesan etnosentrisme: etnorisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik dari bangsa lain.
  4. Sterotaip: kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang lazim terhadap sebilangan kecil kelompok suatu bangsa.
  5. Norma, resam & tuntutan moral: kegiatan yang melanggar norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan didiskriminasikan oleh masyarakat setempat.

Komunikasi berasaskan teknologi 
  •  Komunikasi berasaskan teknologi adalah suatu bentuk komunikasi yang mana perantara utamanya ialah perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama komunikasi manusia dewasa ini
  • Teknologi komunikasi telah berperanan dalam hubungan antara pemeritah dan masyarakat.
  • Misalnya dengan adanya laman sosial Facebook dan Twitter, politikus lebih mudah didekati dan rakyat lebih mudah menyampaikan pandangan dan kritikan.

G) HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI








     H)    ASPEK KEBERKESANAN KOMUNIKASI









2)PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
hasil nukilan Muhammad Hasifuddin

  1.  PEMIKIRAN KRITIS
 
         A)   DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS
  •  Kritikos dari bahasa Yunani: menimbang atau judge (asal ‘kritis’)
  •  Kamus dewan edisi ke-3: kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu
  •  Maimunah, 2004: orang yang berfikir secara kritis akan menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya
  • Pemikiran kritis: pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dengan melihat alasan-alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam membuat keputusan.

B)  CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS






C)  KOMPONEN PEMIKIRAN KRITIS



 D)  KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS


E)  SIKAP PEMIKIR KRITIS YANG BAIK

  • Berfikiran rasional; mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pandapat dan idea sebelum membuat keputusan
  • Mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak yang lain
  •  Ingin tahu dan minda terbuka
  •  Mengutamakan kejituan,objetif dan inginkan kejelasan serta ketepatan
  •  Sentiasa mencari alternatif


KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

A)   DEFINISI MASALAH

  • Jauharah (1995): perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan
  •  Muhamad Awang (1990): masalah mempunyai 3 komponen asas,
  1.  Sekumpulan maklumat yang tersedia, iaitu satu penghuraian tentang masalah
  2. Sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah diambil bagi menghasilkan penyelesaian
  3.  Matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap sebagai penyelesai kepada masalah.
  •  Robertson (2001): 7 kategori masalah,
                                            i.        Kecondongan ilmu (knowledge-lean)
                                          ii.        Kaya ilmu (knowledge-rich)
                                         iii.        Jelas berstruktur atau jelas didefinisikan (well-defined)
                                         iv.        Kurang berstruktur atau kabur definisi (ill-defined)
                                           v.        Kecondongan semantik (semantically-lean)
                                         vi.        Kaya semantic (semantically-rich)
                                        vii.        Masalah celik akal (insight)




B) PROSES PENYELESAIAN MASALAH




C) STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH



1)    ALGORITMA
  • Strategi ini mencadangkan supaya kita mencuba semua cara yang ada bagi mencari penyelesaian dan cara tersebut memerlukan pelaksanaan secara urutan tertentu.
  • Algoritma boleh wujud dalam beberapa bentuk seperti formula, arahan atau percubaan untuk menyelesaikan masalah.
  • Contoh: seseorang individu yang tidak tahu memasak akan memasak mengikut resipi yang dirujuknya. Resipi tersebut bertindak sebagai arahan yang dijalankan dalam bentuk urutan bagi menghasilkan makanan yang dikehendaki.
  • Menurut Feldman (2010), sesuatu masalah pasti akan dapat diselesaikan jika strategi algoritma diaplikasikan sesuai dengan masalah yang dihadapi

2)    HEURISTIK

  • Heuristik berlawanan dengan algoritma dalam penyelesaian masalah.
  •  Menurut Mahmood Nazar Mohamed (2004), heuristik lebih kepada penyelesaian masalah secara singkat iaitu dengan cara tekaan yang dirasakan paling tepat dan rasional, biasanya dilakukan dengan berpandukan pengetahuan dan pengalaman lalu.
  • Pendekatan strategik heuristik ini membantu untuk menyempitkan lagi alternative penyelesaian untuk mendapatkan hanya satu penyelesaian yang terbaik.
  • Contoh: apabila kita mengalami masalah insomnia atau kesukaran untuk tidur malam, terdapat beberapa alternative penyelesaian bagi masalah ini seperti makan ubat tidur, bersenam pada waktu petang supaya dapat tidur dengan mudah pada waktu malam atau bertemu dengan kaunselor.
  • Kita dikatakan menggunakan startegi ini apabila kita memilih satu sahaja daripada alternatif penyelesaian masalah.

  3) SUB MATLAMAT

  • Menurut Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah (2003), strategi ini diambil dengan membentuk matlamat yang terdekat atau mendefinisikan masalah yang mendekatkan kita dalam kedudukan yang lebih baik untuk mencapaimatlamat akhir.
  • Contoh:
  1. Matlamat akhir : menyiapkan kerja kursus
  2. Submatlamat : mengumpul bahan rujukan, berjumpa pensyarah untuk memeriksa draf dan sebagainya
  • Dalam hal ini submatlamat berfungsi sebagai penyelesaian masalah untuk mencapai matlamat akhir.


 
  D) BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN MASALAH
 



   E) PENGHALANG KEPADA PENYELESAIAN MASALAH


F)   FAKTOR KEGAGALAN PENYELESAIAN MASALAH

  •  Tidak menyedari akan kehadiran masalah
  • Menyelesaikan masalah tanpa berfikir secara menyeluruh
  •  Menyembunyikan masalah dan menganggap masalah itu tiada
  • Sering memberi perhatian pada bahagian yang nyata dan bukan bahagian yang penting
  • Tidak cukup waktu untuk mengumpul data dan analisis data.

APA ITU KEMAHIRAN GENERIK ? Kemahiran generik atau kemahiran insaniah (soft skills) merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseor...