APA ITU KEMAHIRAN GENERIK ?
Kemahiran generik atau
kemahiran insaniah (soft skills) merupakan kemahiran yang perlu ada pada
seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan
pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran generik
berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan
penuaan. Kemahiran ini juga merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi
aspek keperibadian dan kerja kumpulan.
Untuk menjadi
seorang guru yang berkualiti, guru perlulah mempunyai kemahiran dan pengetahuan
yang tinggi. Guru yang berkualiti sangat penting dalam memastikan agenda
kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Penegasan ini
dapat dilihat dalam Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006) yang menyatakan
peranan pendidikan sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.
Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan
dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
Universiti Teknologi Malaysia (2007) telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan kepada para pelajarnya termasuklah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat pengajian mereka. Antara kemahiran tersebut adalah;
- Kemahiran Berkomunikasi
- Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
- Etika dan Moral Profesional
- Kemahiran Kepimpinan
1) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
HASIL NUKILAN KHAIRUNNISA AFIFAH ZAMAHARI
A) DEFINISI DAN KONSEP KOMUNIKASI :
B) PROSES KOMUNIKASI :
C) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
F) BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
Komunikasi intrapersonal
Komunikasi organisasi
G) HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI
Universiti Teknologi Malaysia (2007) telah mengariskan beberapa kemahiran asas yang perlu diterapkan atau diajarkan kepada para pelajarnya termasuklah pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan yang bakal menjadi guru apabila tamat pengajian mereka. Antara kemahiran tersebut adalah;
- Kemahiran Berkomunikasi
- Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
- Kemahiran Kerja Berpasukan
- Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
- Etika dan Moral Profesional
- Kemahiran Kepimpinan
1) KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
HASIL NUKILAN KHAIRUNNISA AFIFAH ZAMAHARI
A) DEFINISI DAN KONSEP KOMUNIKASI :
- pemindahan maklumat
dan makna daripada satu pihak (pengantar)kepada pihak yang lain
B) PROSES KOMUNIKASI :
|
|
|
|
|
|
|
|
Penerima |
|
|
- Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh yakin secara lisan dan bertulis
- Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas
- Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar
- Kebolehan menggunakan teknologi dalam berkomunikasi
- Terbahagi kepada tiga bahagian :
(a) Pesanan verbal : Pesanan yang
disampaikan secara ringkas dan tersusun, bebas daripada jargon dan tidak
menimbulkan rintangan kepada pendengar
(b) Pesanan paraverbal : Pesanan yang sampai
melalui nada, intonasi dan suara bukan daripada perkataan yang kita sebut ATAU pesanan yang
disampaikan boleh diterima dengan makna yang berbeza-beza jika disampaikan
dalam nada dan intonasi yang berbeza-beza
(c) Pesanan bukan verbal : Pesanan yang sampai
melalui mimik muka yang betul serta gaya yang sesuai
D) KOMUNIKASI BERKESAN
- Komunikasi lisan
- Dalam komunikasi lisan mestilah mempunyai aspek berikut:
PERBENDAHARAAN
KATA
|
|
KELAJUAN |
|
INTONASI |
|
HUMOR |
|
SINGKAT DAN JELAS |
|
2. Komunikasi bukan verbal
- Dalam komunikasi bukan verbal mestilah mempunyai aspek berikut:
EKSPRESI WAJAH |
|
PANDANGAN MATA |
|
SENTUHAN |
|
GAYA TUBUH DAN
GAYA BERJALAN
|
|
GERAK ISYARAT |
|
PROKSEMIK |
|
ARTIFAK |
|
3. Komunikasi bertulis
- Dalam komunikasi bertulis mestilah mempunyai aspek berikut:
FAKTA |
|
GAYA |
|
LARAS |
|
PENGOLAHAN |
|
BAHASA |
|
F) BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI
Komunikasi intrapersonal
- Bermaksud apabila berkomunikasi secara bersendirian tanpa melibatkan orang lain. Semua ini berlaku dalam fikiran individu.
- Tujuan :
- Individu lebih memahami kelemahan serta kelebihan dirinya sendiri
- Memperkuat emosi dari segi pemujukan, penerimaan dan pembangunan diri
Komunikasi interpersonal
- Dua individu terlibat dan saling menghasilkan serta menafsirkan maklumat.
- Tujuan :
- membina hubungan sosial atau mengukuhkan pertalian silaturrahim
- jalinan hubungan interpersonal yang terbina dapat membentuk satu sistem sokongan sosial yang baik terutamanya dalam situasi apabila individu menghadapi masalah
Komunikasi berkumpulan
- melibatkan lebih daripada dua orang individu
- komunikasi kumpulan kecil boleh melibatkan kelompok sehingga 25 orang malah lebi lagi dalam satu kumpulan besar
- ciri-cirinya ialah saiz kumpulan yang sesuai, tingkat interaksi, peranan ahli, kesepakatan dan faham matlamat yang perlu dicapai
Komunikasi organisasi
- Dalam sebuah organisasi, terdapat kelompok kumpulan kecil yang bebas, berwibawa dan berpusat di bawah suatu pemusatan kuasa yang lebih besar. Ia lebih rumit kerana melibatkan jumlah yang sangat besar dan protokol yang tertentu
- Arah aliran komunikasi:
- Komunikasi atas bawah: melibatkan pemakluman arahan, dasar, pengumuman serta tunjuk ajar daripada pihak atasan kepada peringkat bawahan
- Komunikasi bawah atas: melibatkan maklum balas, aduan, perbincangan daripada pekerja bawahan kepada pihak atasan
- Komunikasi mendatar: lebih berbentuk pengecilan jurang antara pekerja atasan dengan pekerja bawahan. Kaedah komunikasi ini sering digunakan dalam sesebuah organisasi seperti lawatan dari satu jabatan ke jabatan yang lain serta mesyuarat jawatankuasa.
Komunikasi awam
- Melibatkan komunikasi seorang komunikator dengan sejumlah besar pendengar atau dengan rujukan lain sering disebut sebagai khalayak.
- Bentuk-bentuk pengucapan awam ialah pengucapan awam yang bersifat informatif dan pengucapan awam yang bersifat persuasif
- Jenis-jenis pengucapan awam:
- ucapan spontan: disampaikan tanpa sebarang persediaan
- ucapan ekstemporan: kelihatan ucapan spontan tetapi sebenarnya pengucap telah bersedia lebih awal dengan kandungan ucapan
- ucapan manuskrip: disampaikan dengan manuskrip ucapan yang tersedia
- ucapan hafalan: ucapan ringkas dan bertujuan untuk melayan khalayak
Komunikasi silang
budaya
- Merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai.
- Halangan budaya bagi komunikasi silang budaya:
- Bahasa atau mesej lisan: perbezaan linguistik yang begitu ketara boleh menyulitkan sesuatu komunikasi
- Bahasa atau mesej bukan lisan: terdapat budaya bangsa yang kaya dengan bahasa bukan verbal. Hanya bangsa itu sahaja mengamalkan bahasa verbal tersebut dan ini berbeza dengan budaya lain.
- Kesan etnosentrisme: etnorisme adalah kecenderungan seseorang melihat bangsanya sendiri lebih baik dari bangsa lain.
- Sterotaip: kenyataan umum yang terbina melalui pemerhatian ciri yang lazim terhadap sebilangan kecil kelompok suatu bangsa.
- Norma, resam & tuntutan moral: kegiatan yang melanggar norma masyarakat akan menerima risiko dikenakan hukuman undang-undang yang berat dan didiskriminasikan oleh masyarakat setempat.
Komunikasi berasaskan teknologi
- Komunikasi berasaskan teknologi adalah suatu bentuk komunikasi yang mana perantara utamanya ialah perkakas teknologi yang menjadi kegunaan utama komunikasi manusia dewasa ini
- Teknologi komunikasi telah berperanan dalam hubungan antara pemeritah dan masyarakat.
- Misalnya dengan adanya laman sosial Facebook dan Twitter, politikus lebih mudah didekati dan rakyat lebih mudah menyampaikan pandangan dan kritikan.
G) HALANGAN-HALANGAN KOMUNIKASI
H) ASPEK KEBERKESANAN KOMUNIKASI
2)PEMIKIRAN KRITIS
DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
hasil nukilan Muhammad Hasifuddin
- PEMIKIRAN KRITIS
A) DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS
- Kritikos dari bahasa Yunani: menimbang atau judge (asal ‘kritis’)
- Kamus dewan edisi ke-3: kritis bermaksud ‘tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu’
- Maimunah, 2004: orang yang berfikir secara kritis akan menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya
- Pemikiran kritis: pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dengan melihat alasan-alasan yang dikemukakan agar dapat membantu dalam membuat keputusan.
B) CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS
C) KOMPONEN PEMIKIRAN KRITIS
D) KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
E) SIKAP PEMIKIR KRITIS YANG BAIK
- Berfikiran rasional; mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pandapat dan idea sebelum membuat keputusan
- Mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak yang lain
- Ingin tahu dan minda terbuka
- Mengutamakan kejituan,objetif dan inginkan kejelasan serta ketepatan
- Sentiasa mencari alternatif
KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH
A) DEFINISI MASALAH
- Jauharah (1995): perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini tentang sesuatu benda, perkara, hal atau keadaan
- Muhamad Awang (1990): masalah mempunyai 3 komponen asas,
- Sekumpulan maklumat yang tersedia, iaitu satu penghuraian tentang masalah
- Sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah diambil bagi menghasilkan penyelesaian
- Matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap sebagai penyelesai kepada masalah.
- Robertson (2001): 7 kategori masalah,
i.
Kecondongan ilmu (knowledge-lean)
ii.
Kaya ilmu (knowledge-rich)
iii.
Jelas berstruktur atau jelas didefinisikan
(well-defined)
iv.
Kurang berstruktur atau kabur definisi
(ill-defined)
v.
Kecondongan semantik (semantically-lean)
vi.
Kaya semantic (semantically-rich)
vii.
Masalah celik akal (insight)
B) PROSES PENYELESAIAN MASALAH
C) STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
1) ALGORITMA
- Strategi ini mencadangkan supaya kita mencuba semua cara yang ada bagi mencari penyelesaian dan cara tersebut memerlukan pelaksanaan secara urutan tertentu.
- Algoritma boleh wujud dalam beberapa bentuk seperti formula, arahan atau percubaan untuk menyelesaikan masalah.
- Contoh: seseorang individu yang tidak tahu memasak akan memasak mengikut resipi yang dirujuknya. Resipi tersebut bertindak sebagai arahan yang dijalankan dalam bentuk urutan bagi menghasilkan makanan yang dikehendaki.
- Menurut Feldman (2010), sesuatu masalah pasti akan dapat diselesaikan jika strategi algoritma diaplikasikan sesuai dengan masalah yang dihadapi
2) HEURISTIK
- Heuristik berlawanan dengan algoritma dalam penyelesaian masalah.
- Menurut Mahmood Nazar Mohamed (2004), heuristik lebih kepada penyelesaian masalah secara singkat iaitu dengan cara tekaan yang dirasakan paling tepat dan rasional, biasanya dilakukan dengan berpandukan pengetahuan dan pengalaman lalu.
- Pendekatan strategik heuristik ini membantu untuk menyempitkan lagi alternative penyelesaian untuk mendapatkan hanya satu penyelesaian yang terbaik.
- Contoh: apabila kita mengalami masalah insomnia atau kesukaran untuk tidur malam, terdapat beberapa alternative penyelesaian bagi masalah ini seperti makan ubat tidur, bersenam pada waktu petang supaya dapat tidur dengan mudah pada waktu malam atau bertemu dengan kaunselor.
- Kita dikatakan menggunakan startegi ini apabila kita memilih satu sahaja daripada alternatif penyelesaian masalah.
3) SUB MATLAMAT
- Menurut Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah (2003), strategi ini diambil dengan membentuk matlamat yang terdekat atau mendefinisikan masalah yang mendekatkan kita dalam kedudukan yang lebih baik untuk mencapaimatlamat akhir.
- Contoh:
- Matlamat akhir : menyiapkan kerja kursus
- Submatlamat : mengumpul bahan rujukan, berjumpa pensyarah untuk memeriksa draf dan sebagainya
- Dalam hal ini submatlamat berfungsi sebagai penyelesaian masalah untuk mencapai matlamat akhir.
D) BENTUK-BENTUK PENYELESAIAN MASALAH
E) PENGHALANG KEPADA PENYELESAIAN MASALAH
F) FAKTOR KEGAGALAN PENYELESAIAN MASALAH
- Tidak menyedari akan kehadiran masalah
- Menyelesaikan masalah tanpa berfikir secara menyeluruh
- Menyembunyikan masalah dan menganggap masalah itu tiada
- Sering memberi perhatian pada bahagian yang nyata dan bukan bahagian yang penting
- Tidak cukup waktu untuk mengumpul data dan analisis data.